Friday 14 December 2012

A Malaysian Musicians Tribute To Led Zeppelin (1996)


Kalini review album tribute plak.. album tribute untuk lagenga rock n roll dunia LED ZEPPELIN.... Led zeppelin ni memang band lama dah.. dari tahun 1968 lagi.. zaman pakcik2 aku lagik ni... ok stop citer yang itu...

Album ni membariskan beberapa penyanyi dari malaysia dan singapura.. antara yang terlibat ialah. ramli sarip, amy search, hattan, arab dan maman teachers pet...

Ramli sarip dalam album ni dia bawak lagu custard pie dan whole lotta love... memang pembawakan cover yang baik... aku suka cara dia bawak 2 lagu tersebut.. dia bawak dengan gaya dia tersendiri... dengan gaya suara2 serak dia tu.. membuatkan lebih kepada sound hard rock...

Amy search pulak bawak 2 lagu iaitu d'yer maker dan rock n roll.... d'yer maker ni lagu ala2 raggae.. amy bawak memang ada feel yang tersendiri... so untuk version raggae ni amy memang tak menghampakan kita semua... memang gaya vocal amy agak sexy seperti biasa hehe... lagu rock n roll plak mcm biasa.. amy bawak seperti lagu asal.. ikut ala2 gaya vocal penyanyi idolanya sendiri iaitu robert plant...

Hattan pon bawak 2 lagu jugak.. lagu babe i'm gonna leave you dan house of holy... mcm biasa hattan kalau bawak lagu2 blues mcm babe i'm gonna leave you tu mesti bawak dgn feel n soul punya... penuh penghayatan.. penuh perasaaan haha... tapi aku suka cara pembawakan hattan dalam lagu ni.. memang kita boleh rasa jiwa dalam lagu tersebut.. penyanyi sekarang memang susah nak menjiwai lagu macam hattan ni... lagu house of holy tu plak lagu rock yg jenis rock n roll supossed to be fun.. hattan memang serba boleh.. lagu sedih ke.. lagu riang ke.. semua dia boleh bawak dengan sedap..

Arab plak bawak 2 lagu seperti biasa... lagu ramble on dan all my love... tapi cara pembawakan lagu ramble on tu pon aku dah nampak yang dia ni terikut2 suara robert plant.. tapi dimaafkanlah sebab ni ditujukan khas untuk album led zeppelin haha... tapi lagu all my love yang dia ni bawak x berapa feel.. sedap tu sedap.. tapi masih belom best lagik la... aku rasa kalau hattan bawak lagu ni mungkin lagi sedap kot.. sebab hattan memang sesuai dengan lagu2 yang penuh feel n soul ni...

Dan last sekali maman teachers pet bawak 2 lagu gak... stairway to heaven dan going to california... yang stairway to heaven ni aku x berapa suka cara dia bawak.. entah x tau kenapa.. bagi aku x berapa sedap haha.. cara dia tarik masa penghung lagu tu pon aku x brp minat...bagi aku dia ni x sesuai bawak lagu ni kot... aku rasa kalau amy search yang bawak lagu ni mungkin lagi sedap kot... ok lagu going to california plak aku puji skit.. dia bawak best.. nampak jugaklah ada rock n roll nya.. walaupon lagu ni slow jek.. dia ada penghayatannya... dan kita yang mendengar ni pon mungkin akan suka cover yang dia bawak ni..

Overall album ni best tapi sound system agak kureng dan low skit.. tapi memang susah nak carik album ni sekarang.. layankan... hehe

9 comments:

  1. I have a copy as well...not bad

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak tau.. how can i nak follow encik rocksports punya blog?

      Delete
    2. Enxik rocksports ada album ni tak?

      Delete
  2. Saya tengah cari album ni. Boleh tolong saya dapatkan copy dari encik atau mcm mana? Tolong email saya ke billiejoe204@gmail.com utk update. Saya serius tgh cari album ni. Pleaseeeee.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hi bole kasi info musicians yg main dlm album konsert ni?

    ReplyDelete
  5. Encik rocksport ada simpan album ni tak?

    ReplyDelete
  6. Encik rocksport ada simpan album ni tak?

    ReplyDelete
  7. Ramli Sarip bawak lagu Whole Lotta Love with that husky raw voice..da mcm Robert Plant in early Led Zep dah..kudos to him. Tu pun dgr dari youtube je..sbb Led Zeppelin kan..so kene la dengar legend malaysia punye versi cmana..hahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...