Sunday 24 March 2013

Nyai meninggal dunia

22 mac lepas pada hari jumaat... nyai(nenek) aku meninggal dunia.. errr aku x tau nak tulis apa sebenarnya... just nak mentionkan yg beliau meninggal.. ok seperti quote2 yg biasa.. yg hidup pasti akan kembali.. dariNYa kita hidup darNYa kita kembali...

Nenek aku yang bernama Sarmi bte Reban telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada jumaat jam 2.30 pagi...beliau dilahirkan pada 14hb 12 tahun 1930.. so nenekku meninggal pada usia dia 82 tahun... errr dah x tau apa nak tulis.. itu je kot..

Wednesday 13 March 2013

Blues


Nak citer psl music blues ni aku xdelah pakar sangat.. tapi bagi aku music blues ni agak complex skit.. kita perlukan feel n soul utk menjiwai music blues tersebut.. blues, blues blues.. tolong skit eh.. xde kena mengena dgn team bola chelsea.. wa x minat bola sepak.. blues ialah salah satu sejenis music kegemaran gua..

Nak diceritakan music blues ni asalnya dari org afro-america.. x tau la tahun berapa dicipta.. nak cerita details psl music blues ni mmg wa x reti.. psl wa bukanlah mat blues sgt.. tapi mmg kebanyakkan lagu2 blues ni gua suka.. pecahan music blues ni pergi ke music R&B plak.. dan music rock jugak ade pengaruh dari music blues ni sikit2..

Antara 2 nama besar dlm music blues sampai skrg ialah B.B king dan Chuck Berry

Antara pemuzik2 blues yg wa minat ialah gary moore, blues gang, hattan, jimi hendrix, wings(some of lagunya ada blues) dan led zeppelin... selebihnya wa layan gak lagu2 blues dari band lain2 mcm eric clapton, dan back door slam.. actually byk gak band2 rock n roll ni yg main music blues gak contohnya motley crue, aerosmith, zz top, lynyrd skynyrd, AC/DC,Deep purple, the rolling stones,stevie ray vaughan, whitesnake, Elvis presley dan queen.. aku rasa band rock metal yg xnak main blues langsung ialah band judas priest.. padahal aku rasa  lagu2 dari album rocka n rolla dari judas priest tu mcm bunyik hard blues skit...

Lagu2 blues ni kalau aku nak tulis mmg byk la.. so aku bagi je la link kalau sape2 nak dgr.. ini antara feveret2 aku gak la...









Friday 8 March 2013

Rock ooo (2013)


OK aku nak review citer yg aku tggu2 selama ni.. ini adalah citer tentang kisah kehidupan mat rock.. sebagai mat rock mmglah nak tggu kan citer2 mcm ni... haha.. filem rock ooo arahan mamat khalid.. for your information mamat khalid jugak dulu ada band rock.. nama band tu DROP OUT.. x silap aku mamat khalid ni sebagai keyboardist.. so x heranlah mamat khalid akan menghasilkan filem rock ni..

Rock ooo adalah prequel kpd filem rock yg sebelum ini.. movie ni masih mengekalkan barisan pelakon asal mcm que haidar, soffi jikan dan khir rahman.. dan ada kemasukan watak baru nama slash yg dimainkan oleh pekin ibrahim.. slash ini ialah seorang lead guitarist yg menggantikan hasnol rahmat ni dulu.. dialog pekin ni x byk sgt pon dlm ni.. dialog byk lebih kpd que haidar dan khir rahman...

yang bestnya dlm rock ooo ni ada menampilkan kumpulan wings muda, bpr muda dan syj muda...hehe.. watak pak syed yusuf jamalulail muda pon ada.. actually byk rentetan kisah hidup mat rock zaman ni.. ada pengaruh dadah la.. perempuan la.. dan sebagainya.. kemunculan semula band malaikat maut tidak menjadikan impak sgt.. sebab sedikit saja cerita bahagian band malaikat maut tu... citer rock ooo ni lebih kpd kebangkitan semula band rimba bara utk membuat recording album...

Overall aku suka citer ni.. dan sape2 yg mat rock mesti akan suka citer ni...an.. an.. hehe.. terimalah soundtract dari filem rock ooo ni yg dinyanyikan khir rahman tp dimimingkan oleh que haidar...



Wednesday 27 February 2013

A Good Day to Die Hard (2013)


Sebenarnya aku dah tgk citer ni 2 minggu lepas dah.. tgk pada hari rabu... murah skit... tapi baru ni je aku nak review.. review la sangat..  citer ni mmg best.. lakonan Buce Willis... kalau sape suka tgk citer action letup2 mmg disuggestkan tgk movie ni.. lg satu aku lebih suka part dia bawak kereta yg stok bawak gila2 main langgar kereta orang dan redah je mana yang dia suka... macam biasa bruce willis ni kalau berlakon mmg muka berdarah2 la.. x mcm steven seagal.. susah nak tgk dia luka... citer ni sambungan drpd filem die hard yg lepas2 tu.. mmg rekemen

Monday 18 February 2013

Paramore live in kuala lumpur 2013

Semalam adalah detik bersejarah bagi aku gak la.. aku pg ke konsert paramore hahahaa... ini adalah kali kedua paramore dtg ke malaysia.. paramore sangat stylo,... konsert dia memang best.. sape yg minat band paramore tu mmg rugi la kalau x pg.. tapi band opening pulak hampeh.. band opening nama dia 'me without you'.. main dekat 8 lagu.. wah dah mcm main lagu utk satu album terus.. aku cakap bila la nak habis opening act ni... kalau x opening act dia one buck shot.. tp one buck shot terpaksa menarik diri diatas sebab2 salah seorang line up nya ada masalah kesihatan...



Ok nak diceritakan disini.. hayley williams sang vocalist mmg lawa... tersangat2 la lawa.. dia diantara penyanyi rock wanita yang lawa selain cherie currie... dan showmanship dia pon paling terbaik antara setiap konsert rock lain yg aku pg... siap sessionist diorang beracrobatic lagi.. pergh ini sudah dahsyat.. cara dia berinteraksi dgn crowd pon amat la excellent sekali.. dan dia x suka kita duduk saja nonton persembahan dia.. dia akan suruh kita stand up dan bergoyang2 utk enjoy konsert dia.. cara layanan dia diantara crowd mmg great... last performance utk satu lagu tajuk misery bussines dia panggil salah seorang audience utk naik pentas.. utk menyanyi sama2 dgn dia.. aku tgk pon rasa jeles gak ni haha...

antara lagu2 yg main ialah now, monster, decode, misery bussines,fences, born for this, pressure, let the flames begin, thats what you get, brick by boring brick, the only exception dan a few lagi yg aku x brp nak ingat apa lagi yg dia main.. yang aku rasa best sekali diorang bawak lagu feveret aku tu fences... dan hampir kesemua la lagu feveret aku diorang bawak haha.... cuma lagu popular dia crushcrushcrush je diorang x main pada malam tu.. kalau x lagu tu la yg paling best utk di-sing along sekali... mmg best sgt sampai aku rasa x puas lagi utk balik...



Overall mmg best.. tersangatlah best.. best mcm aku pg konsert search time ada hillary ang... lebih kurang gitula.. muda2 ni mg aku akan jejak je mana2 konsert rock yg aku suka.. dan paramore juga dikategorykan sebagai rock n roll juga... sebab tu kita boleh dgr lagu diorang sambil enjoy2...

Thursday 31 January 2013

Roxy roller

Salam jumaat.. hari ni cuti hari wilayah.. wa yg dok keje kat kl ni pon kira dpt cuti la ni.. so cuti2 ni wa nak bg lu orang dengarkan lagu dari nick gilder iaitu tajuk lagunya berjudul roxy roller.. nick gilder ni dari band sweeney todd.. suara beliau sekali dengar mmg orang akan ingat pompuan yang nyanyi.. tp sebenarnya beliau ialah lelaki hehe.. biasalah zaman2 glam rock...




Monday 21 January 2013

Reply message

Pergh pagi tadi adalah second time perkara paling gembira dalam hidup aku hahahaha... seorang rockstar telah balas mesej gua kat pesbuk.. giler mmg excited habis.. dah la aku minat giler dia tu.. lu mau tau sape x? orangnya ialah cherie currie.. vocalist of the runaways band.. dia adalah salah seorang penyanyi rock wanita yang paling aku minat sekali.. dulu pernah sekali dia balas mesej gua.. so mmg terbukti dia ni bukanlah seorang yang sombong.. suka layan peminatnya.. di bawah ni aku upload la gambar2 beliau..

p/s : aku hanya upload gambar2 dia time muda saje.. time tua ni dia dah x lawa...


cherie currie adalah peminat fanatik david bowie.. tengok buckle belt dia tu ada tertulis nama david bowie.. sama dgn aku gak peminat bowie...


cherie currie ialah penyanyi rock pertama yang memakai corset di arena pentas nyanyian.. tapi nama madonna plak yang popular pakai corset.. cherie currie ni dah pakai fesyen ni dari tahun 1976 lagi.. sedangkan madonna hanya start pakai tahun 80an.. nampak nooo si madonna ni tiru fesyen cherie currie ni.. mmg cherie currie ni ada agak panas hati skit dgn madonna disebabkan kes pakai corset ni.. ye la dia yg start pakai tp nama org lain plak yg naik.. sape x hangin haha



kata2 terakhir untuk entry ni.. aku sangat suka tengok muka dia ni hehe

Pemberian dan Balasan

 Semalam pergi ke rumah kawan... saudara F... dtg sebenarnya ikut member nak copy software adobe photoshop cs5... then wa pon lepak la setengah hari kat rumah member wa tu.. lagipon dia sorang je kat rumah tu... so sebab tu la wa dtg lepak lama sikit...

And then kawan aku yg dtg dgn aku ni plak pandaui masak... so apa lagi dia pon goreng la bihun kat rumah member aku ni.. so kami pon makan tengahari sekali la haha.. pastu tgk citer mr.os kat tv3... so sambil sembang menyembang la.. After that kita dlm sembang menyembang tu.. aku pon ternampak la 2 bungkus beg plastik yang diisi dgn byk pakaian.. aku tanya dia nak buat ape bungkus baju seluar tu suma? dia cakap nak sedekah kat masjid... tapi kalau ko nak ko ambiklah... 


Aku pon apa lagi pilih la.. byk jugak jeans yg condition dia elok2 lagi tu... so aku pon pilih dan test pakai sekali.. ada satu seluar tu harga dia dekat rm300... yang lain average dia rm30-70 mcm tu.. so dah lepas aku ambik semua.. aku anggarkan la semua yg aku amik tu harga dia kira2 hampir mencecah rm1000... pergh.. mgkin tuhan nak balas kot setelah duit aku kena kebas rm900 aritu.. YA ALLAH bersyukurnya aku... aku bersyukur padamu YA ALLAH.. dan rakanku saudara F...

Saturday 19 January 2013

Malaysian food festival 2013

Tadi saja je nak jalan pergi ke exhibition malaysian food festival ni.. located dia kat midvalley...biasalah bab nak rasa makanan free ni.. mmg aku joinlah... ada mcm2 jenis makanan ada.. ada yg frozen food la.. cokelat la, mi la.. seewed la.. air la.. dan mcm2 lagi la... ni antara gambar2nya..





gambar model pon ada beb hehe

Friday 18 January 2013

Love kills

vinnie vincent invasion

OK entry sebelum ni tajuk dia love is a killer.. dan entry yg baru ni plak pon aku nak beri posting tajuk love gak.. kali ni tajuk dia love kills.. band dia pon bermula dgn huruf v gak.. vinnie vincent invasion.. band ni diambil nama dari gitaris beliau vinnie vincent... vinnie vincent ni bagi aku corak permainan gitar dia pon x kurang hebat gak.. aku agak respect.. hebat.. vinnie vincent ni pon pernah join band KISS dulu.. yang lagu I STILL LOVE YOU tu dia ada terlibat sekali..  tapi x silap aku baru2 ni ada dgr citer dia yg dia ni kena tangkap psl kantoi jual dadah.. 

Ok lagu love kills ni sebenarnya soundtract dari filem A nightmare on elmstrem 4.. kalau korang kenal watak ganas freddy krueger tu.. ha citer tu la...watak yang pakai sarung tangan mcm wolverine or vega street fighters tu... atau lebih tepat sekali choi bonge.. watak choi bonge dalam the king of fighters tu diambil dari karekter freddy krueger ni la..
freddy krueger

Vocalist yg nyanyi lagu ni plak ialah mark slaughter.. fuhh dahsyat giler vocal dia.. tinggi.. kalau mcm kat malaysia ni suara dia mcm penyanyi black mentor mcm tu la.. hahahaa...



Thursday 17 January 2013

Love is a killer

vixen

Untuk malam jumaat ni.. aku saja nak post satu lagu.. antaranya salah satu feveret aku gak la.. dari band vixen... lagu ni mungkin lagu jiwang.. tapi arrangement muziknya best.. dan suara vocalistnya pon best... x silap aku vocalist dia namanya janet.. band vixen ni jugak digelar "the female bon jovi"... band ni semua anggota dia perempuan.. mcm band the runaways gak la.. 



Tuesday 15 January 2013

OK dah ke?

dah seminggu berlalu utk kejadian yang x diingini ni berlaku.. fuhh nasib baik skrg dah redha balik.. moga2 org menganiaya tu mendapat mendapat balasannya... kadang2 pelik tgk manusia ni sanggup menipu untuk kepentingan diri sendiri...  by the way ni je la yang aku nak tulis..

Tuesday 8 January 2013

Don't talk to strangers

Memang benar apa yang dikata oleh Ronnie James Dio... Don't Talk To Strangers.. arini aku punyalah baik hati pg layan pak arab plak... dan dia telah memukau gua.. pergh sakit hati gua syiall... gua telah dipukau dan diayat maniskan.. senang citer kena main la arini.. pak arab tu datang merayu2 kat aku nak mintak tukar wang.. jika aku bagi duit tukar.. dia akan bagi rm10 ribu... so entah macamna dia pukau aku pon telah pg ke bank keluarkan rm900 terus bagi dia.. then dia pon bagi aku rm10 ribu tu.. mmg giler argh.. mcmna aku bleh terpedaya.. sakitnya hati.. then bila aku sedar aku pg la 2 tempat money changer.. diorang kata diorang x kenal duit tu.. pastu aku terus report ke balai polis... polis pon cakap aku dah kena pukau dan kena tipu.. hadoi... dia dah check duit tu.. duit tu mmg betul.. tp xde pertukaran kat malaysia ni.. kalau ada pon nilainya sangat rendah... lepas ni aku akan berhati2.. inilah pengajaran bagi aku.. 
DON'T TALK TO STRANGERS!!!!!!!


Sunday 6 January 2013

Wavelength (1983)


Citer ni sebenarnya aku dah download lama dah.. tp baru skrg nak tgk... tujuan aku tgk bukannya apa pon.. aku nak tgk pasal ada bekas penyanyi rock the runaways yg aku sangat2 minat itu berlakon.. iaitu cherie currie.. yup dia sangat cute ok.. tp time muda la.. time tua dah x lawa dah pon.. cherie currie ni pon vocal dia pon hebat gak.. ok tp kali ni aku bukan nak citer psl cherie currie menyanyi.. aku cuma nak review movie yang dia berlakon tu...


cherie currie time muda.. sangat cute ok haha

Ini movie low budget.. walaupon ada kapal perang dan jet pejuang dlm movie ni.. citer ni lebih bergenre independent science fiction.. so watak utama dalam citer ni ialah robert carradine dan tentulah cherie currie sendiri...

Citer ni lain skit.. mengisahkan U.S goverment ada eksperiment nak buat manusia bersifat alien kat bawah tanah.... ada kuasa2 semua... citer ni mmg xde komedi.. serious memanjang.. tapi ada part ehem2 skit.. tapi skit je la..

Tapi yang bestnyer kita dapat tgk permandangan hollywood pada sekitar 80an.. mmg x pesat mcm skrg.. kat hollywood bangunan pendek2 je.. lagi satu permandangan dari hollywood hill.. bagi aku agak indah gak.. pasal dari hollywood hill tu dah boleh tgk permandangan bandar2 kat hollywood tu.. lagi satu mojave desert.. tempat red indian tu.. tapi mmg dalam cerita ni red indian ada berlakon sekali.. siap cakap dalam bahasa diorang sekali.. so kita dapat tau la mcmna bunyiknyer bahasa red indian ni...

Kalau x kerana cherie currie aku x tau citer ni wujud ke tidak.. so aku download je la.. nak tgk mcmna dia berlakon.. sebelum ni aku dah tgk lagi satu movie dia berlakon kat dlm movie foxes (1980)... 

overall citer ni xdelah best mana pon.. sesetengah org akan bosan.. tp aku bolehlah kata aku masih boleh hadam lagi citer mcm ni..

joan jett dan cherie currie time tua... joan jett still ok makin lawa but cherie currie dah x lawa.. mgkin dulu terlebih sgt drug addict kot..


Friday 4 January 2013

Led zeppelin - A Life in Pictures


Ini buku Led Zeppelin.. buku yang aku beli dari big bad wolf... tajuk dia A Life in Pictures.. biasalah kalau dah minat rock n roll ni confirm la kalau kita jumpa buku pasal band yg kita minat kita akan rasa nak sambar.. dan time tu pon aku ada duit.. aku sambar je la.. harga pon murah 6 ringgit je..


Ni antara page2 yang aku tangkap gambar... biasalah nak bagi korang tengok apa isi didalam...


Nak cerita pasal kehidupan diorang xla sangat.. lebih kepada perjalanan pembentukan led zeppelin dan karier sepanjang hayat led zeppelin diorang.. Ada jugak la diceritakan psl pemain drum john bonham ni mati macamna... 


Sebab citer john bonham ni cuma satu page je.. itupon dah hujung2 citer... then bab last citer psl time diorang reunite kat live aid tu..


Banyaklah diorang cerita pasal kejayaan album diorang ni.. dari album first sampai album last.. album yg sampai john bonham mati tu... ok ni mmg cerita dia dari tahun penghujung 60an sampai awal 80an.. mmg xde cerita2 nowdays.. thats why aku beli.. psl aku pon x lahir lagi time tu...

Kisah pasal konsert2 diorang pon ada sekali gak.. backstage dan onstage... kisah psl lps konsert yg kat dalam bilik hotel tu tak diceritakan hehe... biasalah rock n roller x sah kalau x layan groupie ni... konsert2 diceritakan start dari UK dan bagaiman boleh berkembang ke US plak.. mmg jadi big band at the time.. hampir menyamai kepopulariti the beatles.. dan jugak kisah lepas habis tour diorang akan buat apa seterusnya.. mestilah nak buat album baru kan...

Yang pasal jimmy page selalu injured finger tu pon ada gak diceritakan.. mmg banyak jugak dugaan jadi musician ni.. ada je mcm2 rintangan dan halangan...



Overall banyak gak info2 psl led zeppelin yang aku dapat dari buku ni.. led zeppelin ni mmg besar pengaruhnya.. lagi2 sang vocalist robert plant ni.. menjai influences kepada banyak penyanyi seperti rob halford, freddie mercury, geddy lee, paul stanley, steven tyler, axl rose dan penyanyi rock malaysia amy search.. dan gua pon ada sedikit terpengaruh dengan gaya2 robert plant ni... lagi2 kalau bab menyanyi dan bergambar..hehe




Tiket paramore live in kl 2013


Akhirnya dapat jugak beli tiket paramore ni.. ni second time paramore datang live kat kl.. yang first time dia datang tu aku x sempat pergi.. kali ni dia datang aku kena pergi gak tak kira.. paramore adalah salah satu band moden yang aku minat dan layan.. biasanya aku layan band2 heavy metal dan legend2 je.. tapi paramore ni ada lain skit sebab tu aku boleh masuk telinga skit.. vocal pon boleh tahan gak tinggi si hayley williams tu.. tapi kedatangan dia kali ni tanpa 2 ahli band lama beliau.. josh farro and zac farro.. itu dua adik beradik tu.. sorang main gitar sorang main drum.. tapi kali ni mungkin dia bagi sessionist yang main kot.. x tau tgklah macamana nanti.. manatau ada perubahan ke.. setakat ni x pernah dengar berita ada ahli baru nak masuk ke.. ok aku nak bagi korang layan antara video terbaru diorang...

Wednesday 2 January 2013

Life of Pi (2012)


Cerita ni diarahkan oleh ang lee.. diadaptasi dari novel.. salah satu pelakon yg terkenal ialah irrfan khan.. pelakon bollywood feveret gua gak tu.. irrfan khan sekarang sedang menyinar di hollywood.. filem selain itu yg dia ni berlakon ialah the amazing spiderman..

Ok aku xnak buang masa panjang2.. malas nak type panjang2.. citer ni bagi aku mmg best.. tersangatlah best... ada bab touching gak.. hassan mutalib pon sgt puji citer ni.. tun mahathir pon layan citer ni kat panggung wayang.. so anda tekalah sebagaimana bestnyer citer ni..

Dan tak lupa jugak citer ni dilakon oleh salah seorang actress bollywood terkenal gak iaitu Tabu...


Tuesday 1 January 2013

Homestay parit pinang benut pontian johor

Haritu aku pg ikut abang sedara aku pg rumah homestay keluarga bini dia.. time tu aku ada kat kampong la kat benut johor tu.. pergi dia punya homestay.. perghhhh giler dahsyat.. macam istana dah.. tengok macam muzium pon ada.. biasalah aku jadi pengapit kepada abang sedara aku ni.. so aku ikutlah dia sekali sampai ke homestay sekali.

 ini barang antik mana ntah

 tengoklah toiletnyer pon cantik

 master bedroom

 dapur

 kipas gantung ni banyak.. lebih dari 5 x silap aku

 ni kalau tgk ntah berapa bilik dah..

 meja makan... syok betul suasana makan mcm ni...

 kipas siling pon aku nak tangkap gambar gak.. nak buat camne aku berkenan

ni aku amik shot jauh punya.. memang besar ruang tamu dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...