Thursday 27 December 2012

Jack Reacher (2012)



Sememangnya aku sangat minat tengok citer2 action.. lagi2 kalau dari pelakon2 yg legend mcm tom cruise ni.. citer ni mmg syok.. cukup berpuas hati.. citer ni bergenre action/crime/drama dan citer ni sgt serious... ditambah plak dgn heroin rosamund pike (nyum nyum).. membuatkan citer ni aku makin suka tgk..

Aku mmg rekemenkanlah sape2 yg nak pg tgk citer ni.. walaupon citer ni xdelah sehebat mission impossible ghost protocol.. tapi bagi aku citer ni agak terbaik gak.. x rugi tgk.. citer ni mcm biasa ada aksi fighting dan tembak menembak..

Sunday 23 December 2012

CZ12 (2012)


Citer ni mmg best wooo... aku cukup suka.. ini filem sci-fi jackie chan.. pengarahnyta pon jackie chan sendiri.. mmg ada unsur cgi skit.. tp x brp byk sgt.. masih lagi banyak adegan2 stunt jackie chan.. ok citer ni mmg terbaik.. ada unsur2 comedy sedikit.. dan pastinya ada scene fighting.. aku rekemenkan la sape yang peminat jackie chan ni.. aku mmg suka giler aksi jackie chan ni.. cerita ni agak terbaik..

Thursday 20 December 2012

Cut Me Some Slack

Paul McCartney and Nirvana

entry kalini aku nak tujukan khas untuk peminat nirvana.. actually aku bukanlah die hard fan nirvana pon.. just aku hanya suka dengar lagu dia kadang2.. tapi nirvana kalini tanpa kurt cobain.. of course la kan.. takkan tiba2 ada kurt cobain plak kan haha.. tapi macam biasa ahli lain mcm dave grohl tu mesti ada... lagu ni x silap aku dibuat untuk kes bencana hurricane sandy.. paul cartney plak aku dengar vocal dia dalam lagu ni agak lain skit mcm biasa.. dia telah menggaraukan suara dia dan menjerit2.. mungkin untuk sesuaikan diri dengan muzik nirvana kot.. by the way lagu ni kira ok la.. not bad... layankan..



The expendables (2010) & the expendables 2 (2012)



Nama2 pelakon tak perlu aku kenalkan.. sememangnya dah tertulis.. xpon cari kat wikipedia.. klik sini.. ok citer ni aku suka sebab ramai pelakon action yang legend2 ada..  macam biasa citer ni citer aksi.. so jangan harapkan babak percintaan sudah... hehe...

Tuesday 18 December 2012

Hobbit (2012)


Mintak maaf aku rasa boring tengok citer ni.. citer ni pon agak lama running time dia.. dekat 3 jam.. lagipon aku x brp follow sangat citer lord of the ring... tu mungkin sebab aku x berapa suka kot.. sape2 yg follow LOTR tu mungkin diorang akan suka kot.. mungkin.. lain orang lain citarasa.. aku tengok pon sebab aku ikut member.. dia yang ajak haha...

Friday 14 December 2012

Art of fighting the movie (1993)


Art of fighting ialah salah sebuah product SNK comic/games... kebanyakkan karekter2 dalam art of fighting ini biasanya ada buat crossover dalam citer the king of fighters... tapi bukan itu yang aku nak citer sebenarnya... 

AOF ni aku nak review movie dia sebenarnya.. citer ni ok.. tapi mcm biasa AOF ni asyik buat citer adik dia kena culik jek.. mcm biasa si ryo dan robert ni akan pergi selamatkan...

Karekter2 dalam movie ni kebanyakkannya yang popular gak macam ryo sakazaki, robert garcia, yuri sakazaki, ryuhaku todoh, king, mr. big, john crawley dan jack turner... walaupon anime lama.. tapi kualiti videonya agak bagus.. dan animation dia pon nampak smooth.. good job..

Overall bagi peminat AOF aku rekemenkanlah... pasal ni je movie AOF dalam bentuk animation.. rasanya xde lagi pon.. yang ada cuma komik je la kot.. itu pon payah gak la nak dapatkan kat malaysia ni..

dan tak lupa jugak yuri sakazaki punya voice actor... voice actor beliau ialah penyanyi j-pop popular di jepun iaitu ayumi hamasaki.. tapi aku x tgk versi jepun pon.. aku tgk versi dubbing english... senang skit paham hehe...

Street fighter alpha: Generations (2005)


Ini salah satu cerita street fighters.. citer ni boleh kata ok gak la.. sebab ada intro pengenalan kisah gouki dan gouken zaman muda.. bagaimana dia nak dapat kuasa dark hadou tu... bagaimana dia control kuasa dark hadou tu.. ryu jugak ada ditunjukkan... tapi x banyak karekter dalam ni.. karekter SF yg popular yg muncul cuma ryu, ken, sakura, gouki dan gouken je.. yang lain cuma watak tambahan sampingan je.. bagi aku overall ok la.. kualiti animation dia memang terbaik... scene fighting dia pon nampak smooth jek..

Balrog: Behind the Glory

Balrog

Balrog ialah salah satu karekter dalam street fighters.. dia ni kira watak jahat la.. tapi apa yang aku nak review ni mengenai dokumentary pasal dia.. dokumentari ni dibuat oleh chubbyboyfilm.. dan sememangnya dokumentari ni memang terbaik.. aku cukup suka.. lagi best dari filem hollywood yang diarahkan oleh pengarah2 terhebat.. dokumentari ni mengisahkan tentang kisah hidup balrog.. bagaimana dia jadik ahli tinju.. diceritakan jugak bagaimana dia terlibat dengan mad gear dan shadaloo team.. pastu ada tunjuk kenapa nama m.bison ditukarkan kepada balrog.. semua tu ditunjukkan dalam dokumentari ini.. jugak ada interview khas oleh beberapa orang seperti bapak balrog, trainer balrog, bekas ahli mad gear dan penulis buku shadaloo.. memang menghayat hati dokumentari ni.. selama ni kalau x pernah guna balrog dalam main game street fighters.. lepas tengok dokumentari ni mungkin you guys akan guna dia kot haha... so layankanlah dokumentari ni..haha



A Malaysian Musicians Tribute To Led Zeppelin (1996)


Kalini review album tribute plak.. album tribute untuk lagenga rock n roll dunia LED ZEPPELIN.... Led zeppelin ni memang band lama dah.. dari tahun 1968 lagi.. zaman pakcik2 aku lagik ni... ok stop citer yang itu...

Album ni membariskan beberapa penyanyi dari malaysia dan singapura.. antara yang terlibat ialah. ramli sarip, amy search, hattan, arab dan maman teachers pet...

Ramli sarip dalam album ni dia bawak lagu custard pie dan whole lotta love... memang pembawakan cover yang baik... aku suka cara dia bawak 2 lagu tersebut.. dia bawak dengan gaya dia tersendiri... dengan gaya suara2 serak dia tu.. membuatkan lebih kepada sound hard rock...

Amy search pulak bawak 2 lagu iaitu d'yer maker dan rock n roll.... d'yer maker ni lagu ala2 raggae.. amy bawak memang ada feel yang tersendiri... so untuk version raggae ni amy memang tak menghampakan kita semua... memang gaya vocal amy agak sexy seperti biasa hehe... lagu rock n roll plak mcm biasa.. amy bawak seperti lagu asal.. ikut ala2 gaya vocal penyanyi idolanya sendiri iaitu robert plant...

Hattan pon bawak 2 lagu jugak.. lagu babe i'm gonna leave you dan house of holy... mcm biasa hattan kalau bawak lagu2 blues mcm babe i'm gonna leave you tu mesti bawak dgn feel n soul punya... penuh penghayatan.. penuh perasaaan haha... tapi aku suka cara pembawakan hattan dalam lagu ni.. memang kita boleh rasa jiwa dalam lagu tersebut.. penyanyi sekarang memang susah nak menjiwai lagu macam hattan ni... lagu house of holy tu plak lagu rock yg jenis rock n roll supossed to be fun.. hattan memang serba boleh.. lagu sedih ke.. lagu riang ke.. semua dia boleh bawak dengan sedap..

Arab plak bawak 2 lagu seperti biasa... lagu ramble on dan all my love... tapi cara pembawakan lagu ramble on tu pon aku dah nampak yang dia ni terikut2 suara robert plant.. tapi dimaafkanlah sebab ni ditujukan khas untuk album led zeppelin haha... tapi lagu all my love yang dia ni bawak x berapa feel.. sedap tu sedap.. tapi masih belom best lagik la... aku rasa kalau hattan bawak lagu ni mungkin lagi sedap kot.. sebab hattan memang sesuai dengan lagu2 yang penuh feel n soul ni...

Dan last sekali maman teachers pet bawak 2 lagu gak... stairway to heaven dan going to california... yang stairway to heaven ni aku x berapa suka cara dia bawak.. entah x tau kenapa.. bagi aku x berapa sedap haha.. cara dia tarik masa penghung lagu tu pon aku x brp minat...bagi aku dia ni x sesuai bawak lagu ni kot... aku rasa kalau amy search yang bawak lagu ni mungkin lagi sedap kot... ok lagu going to california plak aku puji skit.. dia bawak best.. nampak jugaklah ada rock n roll nya.. walaupon lagu ni slow jek.. dia ada penghayatannya... dan kita yang mendengar ni pon mungkin akan suka cover yang dia bawak ni..

Overall album ni best tapi sound system agak kureng dan low skit.. tapi memang susah nak carik album ni sekarang.. layankan... hehe

Joan Jett & the Blackhearts - Live Lollapalooza 2012 SP - Full concert


joan jett 2012

Ini antara konsert joan jett yang terbaru.. ada 2 lagu baru yang dia main kat dalam konsert ni... lagu T.M.I dan Mentality Reality... 2 lagu tersebut memang menarik bagi aku...



Wreck-it ralph (2012)


Tujuan aku tgk citer ni sebenarnya psl ada byk character street fighter dalam ni... dan bila aku tgk citer ni kat wayang aritu... ternyata citer ni x mengecewakan aku.. aku siap rekemen kat member2 aku yg lain lagik... citer ni sangat best.. penuh dgn fantasy.. dan kita yg tgk ni pon akan rasa berada dlm alam fantasy tersebut...

Citer ni sebenarnya psl karakter game yg jahat nak berubah jadik baik.. terutama sekali si ralph ni ha.. dia sudah bosan jadik bad guy jek.. sekali sekala nk jugak jadik good guy.. ye la dia tgk bila jadik bad guy ni pon orang tak suka.. orang menyampah.. orang tak sanjung.. orang asyik sanjung yang si hero ni jek.. so lama kelamaan dia ni pon jadik bosan la.. hahaha...

Aku tengok citer ni 2 minggu lepas... baru sekarang aku nak review yek haha... busy la.. tambahan banyak keje nak buat.. tapi citer ni memang best.. aku rekemankan la sapa penggemar game 80an dan 90an untuk tengok citer ni.. aku ni kira kategory zaman gamers kanak2 90an.. so ada banyak karekter dalam movie ni yang aku kenal.. kira gamers veteran gak la aku ni kot hahaha... walaupon aku tak berapa gemar main game.. game yang aku suka main pon cuma game yang kategory fighting jek....

Thursday 22 November 2012

Police academy 2 (1985)


Cerita polis yang agak kelakar.. ada konflik jugak dalam citer ni.. hasad dengki rakan sekerja.. orang bawahan yang pelbagai gelagat.. ketua yang agak serius... tapi bagi aku citer ni memang aku suka.. boleh kata cerita yang hebat jugak.. ada scene dalam cerita ni diorang masuk gay club.. semuanya pakai pakaian leather.. sebijik mcm dress up band judas priest.. patutlah rob halford tu gay.. tp rob halford pon mengaku yang dia mendapat ilham pakai pakaian kulit pon sejak dia masuk kelab gay...

ini adalah contoh pemakaian ahli kelab gay tersebut..

sebijik mcm rob halford kan?? haha


Ponti vs Omi (2012)


Tergelak2 aku tgk citer ni.. kali ni afdlin shauki dah mengembalikan era kelakarnya balik.. sebelum ni karya2 beliau agak merundum sedikit... banyak pelakon best2 dlm citer ni.. ada afdlin shauki semestinya, johan, nabil, khir rahman, adibah noor, sharifah shahirah, harun salim bachik, sharifah amani dan ramai lagi lah... ape2hal pon citer ni baru lagi.. aku rekemenkan korang la untuk tonton cerita ni..


Sunday 18 November 2012

Pasrah (2000)


Cerita ni... entah.. itupon aku nak review gak ke???.. aku sebenarnya tgk citer ni tadik pasal aku bosan.. saje2 aku bukak tv kat rumah.. sekali tengok citer ni baru main plak.. aku saje je layankan.. walaupon dah banyak kali dah tengok sebenarnya...

Lakonan norman hakim agak biasa lagik masa ni.. mungkin masih baru lagi kot dalam industry... erra fazira macam biasa.. hebat dalam lakonan tangisan air mata ni.. rosnah johari dah berlakon jadik mak dah time ni.. walaupon muda lagik masa tu.. abby abadi sebagai adik erra.. sebenarnya penyelamat keadaan cerita ini ialah dengan kehadiran AC mizal dan mazlan pet pet.. dua orang itu mmg jadik pak lawak dalam cerita ni.. so cerita ni ada sedikit terhibur dengan kerenah diorang ni.. 

Overall citer ni ok la.. lagu tema pon best dan sedap.. ye la saari amri yang cipta kan... bukan calang2 komposer tu... lagu pada tahun 2000 masih ada feel best lagik.. lagu sekarang2 ni jek yg ntah pape jek.. dah xde maksud langsung.. sedap pon tidak..

Saturday 17 November 2012

Iron Maiden 1983

Iron maiden 1983


Dalam kul 11 pagi tadik aku saja bukak youtube kat TV.. aku saje je la nak layan konsert kan.. kali ni aku layan konsert iron maiden tahun 83 punya.. mmg showmanship bruce dickinson tu agak hebatlah... lincah di atas pentas.. steve harris sebagai bassist pon apa kurangnyer.. hehe.. sape yg nk layan video konsert ni aku ada bagi link di bawah..


Friday 16 November 2012

Light of day (1987)


para pelakon
michael j fox
joan jett

Aku sebenarnya tak berapa paham sangat jalan citer ni... aku tengok citer ni pasal aku nak tengok macamana joan jett ni berlakon.. ok la not bad... michael j. fox pon membantu jugak utk filem ni...

Citer ni mengisahkan seorang wanita tidak berkahwin yang ada masalah dengan mak dia... itu yang aku nampaklah dari cerita ni.. so wanita ni decide untuk menjadi pemuzik rock.. so kebanyakkan joan jett ni main muzik kat kelab malam...

Citer ni seperti yang aku cakapkan kebanyakkan orang nk tonton sebab ada joan jett je.. ada lagi satu scene menarik.. time michael j fox ni masuk kelab cari joan jett... ada soundtrack lagu motley crue dimainkan iaitu looks that kill... itu la salah satu lagu yang ada dalam movie tersebut... yang lain kebanyakkannya lagu joan jett sendiri.. ending untuk filem ni jugak joan jett main lagu tema soundtrack untuk filem ni.. tajuknyer light of day jugak... lagu tu dicipta oleh bruce springsteen..

overall bagi aku.. ada sedikit mengecewakan aku.. aku just nk tgk joan jett berlakon tu je.. lagipon joan jett ni bukannya banyak sangat pon berlakon.. filem ni pon hanya amik populariti joan jett at the time je aku rasa...

ini ialah tema soundtrack filem light of day


Idola 1

Stone Cold Steve Austin

Kali ni aku nak tulis tentang orang yang mempengaruhi aku.. dengan kata lain "IDOLA"....  yang pertama ialah manusia yang bernama stone cold steve austin.. dia ialah all time feveret wrestler aku... dia ni ex-wrestler wwe... dan actor skrg... 

Yup mmg btol gusti tu berlakon.. tapi pernah tak korang terpikir senang ke tidak berlakon sebagai ahli gusti tu? nak buat live stunt dan real acrobatic.. pastu nk berlakon live tanpa ada arahan "cut" dari seorang pengarah... nak smack orang dengan tanpa rasa sakit.. sudut dan position kena betul.. kalau tidak memang dah boleh membawa maut... ha pernah tak terpikir tentang itu.. mmg ramai yang kata gusti itu penipu, pembohong, karut, ala berlakon je la ni pukul bukan sakit pon.. tapi aku lebih respect ahli gusti wwe ni berbanding dengan pelakon filem yang lain.. ok aku bg contoh rosyam nor takpon malik noor.. aku tak rasa diorang boleh berlakon macam si stone cold ni buat.. diorang nak buat stunt kat filem pon kadang2 pakai stuntman.. except jackie chan.. yang itu aku memang respect... ok aku xnak kutuk sape2 dalam blog ni.. aku bagi contoh bruce willis pon belum tentu boleh buat... 




Aku minat stone cold ni mmg sejak aku tengok wwe la.. ala mana lagi kan? haha... diulangi dia mmg all time feveret wrestler aku.. x kisah la dia ni jadik hero ke, jadik jahat ke.. tapi aku mmg minat sangat dia ni.. dari gaya dia.. imej dia.. kasut dia.. seluar yang selalu dia pakai tu.. mostly aku tiru la.. kecuali shavekan kepala jek hehe... 

Dia ni kalau bergusti mmg lincah.. laju gila belasah orang sana sini.. dia sorang je dah boleh pukul 10 orang sekaligus.. haha.. kalau bergaduh tu kadang2 berdarah2 kepala.. dia punya cakap pon kadang2 suka sangat mencarut.. suka tunjuk fuck la... bila dah menang suka minum beer (kawan2 tabiat ni jangan ditiru ok)....



Sekarang ni jarang bergusti dah.. kadang2 cuma jadik guest wrestler jek kat wwe.. selalunya kat acara2 besar mcm wrestlemania la.. royal rumble la.. kira dah tahap legend kaw2 dah dia ni... dalam sejarah dia ni pemenang royal rumble terbanyak.. kalau tak silap 3 kali... finishing move dia yang paling popular ialah "stone cold stunner"... kalau kena tu mmg terus kalah la.. susah nak bangun lagik hehe.. masa kat sekolah dulu pon orang selalu panggil aku stone cold gak.. aku mmg suka la hahaha... idola aku tu...  

OK last sekali aku nak tunjuk skit video yang stone cold ni hebat ataupon hero wwe la.. haha..






Saturday Night Special

The Runaways 1978

Hai!!!!.. harini malam sabtu.. so xtau nak buat apa2.. kita layankan lagu yang kena mengena dengan tema kita malam ni.. enjoy!!!





note : suka dengan vocal joan jett time ni... petikan gitar lita ford pon apa kurangnyer...

Thursday 15 November 2012

Aces go places (1982)


Ini satu filem yg agak menarik dan kelakar... salah satu movie hong kong yang ala2 james bond... diterajui oleh Sam hui dan Karl maka... citer ni jadik best sebab ada pelakon si botak karl maka tu.. ala yg muka mcm pelakon malaysia mendiang robert kong tu.. hehe.. movie ni ala2 science-fiction dan futuristik.. tapi jgn lupa pengarah dia sape.. pengarah dia ialah eric tsang tau.. eric tsang ni pon comedian agak legend di hong kong.. kadang2 berlakon tu selalu jek jadik loser xpon asyik kena bully jek selalu.. ha berbalik mcm tadik.. filem ni mmg ala2 james bond.. so adelah agent dia dan police dia.. si sam hui ni jadik james bond dan karl maka ni jadik polis... aku agak rekemenkanlah sape yg minat tgk citer2 comedy mcm ni.. dan aksi2 dlm movie ni pon x kurang hebatnya.. anda xkan rugi menontonnya...

Wednesday 14 November 2012

She's the woman

van halen 2012

She's the woman ialah lagu baru van halen untuk tahun 2012 ni... ha yg ni mmg aku suka... agak catchy gak.. david lee roth pon masih bertenaga lagik showmanship beliau... solo2 gitar eddie van halen pon masih laju dan kreatif.. x lupa plak posisi bass diterajui oleh anak eddie sendiri, wolfgang van halen... dan posisi drum plak diterajui oleh abang kepada eddie sendiri iaitu alex van halen... tapi mcm biasa la susunan lagu van halen ni.. kita mmg boleh kenal.. verse, bridge dan simple chorus itu.. mcm biasa dgn lagu2 yg sebelum ni... bg aku van halen mmg hebat pada performancenya.... tgklah gaya david lee roth tu... bukan main lincah lagik... apa2hal pon kita kasi layan dulu lagu ni... 




Budak Pailang (2012)


Sebenarnya tujuan aku nak tgk movie ini ialah aku tertarik dengan trailer2 dia yg gaduh ada menggunakan teknik2 gusti... aku mmg peminat gusti tegar wwe... tapi bila aku dah tengok citer ni.. aku agak kecewa sedikit... sebab aku hanya jumpa scene fight yg guna teknik2 gusti ni di penghujung jalan cerita jek.. itupon bukannya si hero ni yg guna teknik2 gusti.. tapi pakai pelakon tambahan jek.. entah stuntman kot aku rasa dia tu...

So plot citer ni mcm biasa.. ada gangsterisme... jual dadah.. percintaan.. buli budak nerd.. yang dulu jahat sekarang dah insaf... tapi yang agak lainnya movie ni ialah kebanyakkan scene fight dia agak gore... tau x gore tu apa? gore tu dikira agak violence dan brutal... kira ganaz la.. amik kayu pukul kat kelengkang la.. x semua org boleh tgk citer mcm ni...

So overall citer ni bagi aku 50/50... mungkin ramai yg suka atau mungkin ramai yg x suka.. aku kira suka jugak la citer ni dlm seten2 part... tp aku rekemenkanlah tgk citer ni kalau bg sape2 yg suka kan aksi ganaz...

Salam Maal HIJRAH 1434

Bismillahirrohmanirrohim.

Salam menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1434)

sudah masuk tahun baru... ok la.. mcm biasa azam baru... nak tau ape??? secret... harini cuti... dan mcm biasa memblogging atau bukak facebook... cuti2 ni mmg aku suka.. drpd dok mengadap keje2 yg tension tu... lagik1 salah seorang pekerja kat tempat aku tu.. kadang2 x brp suka gak dgn dia... lps ni bukak tv nak tgk citer apa yg ada...

Orianthi - Believe (2009)


Sekarang ni aku nak ulas tentang album yang bagi aku agak best gak... Orianthi panagaris telah mengeluarkan album believe pada tahun 2009.. sape x kenal orianthi boleh view sini kalau diikutkan ni album kedua beliau... Orianthi ni menyanyi sambil menyolo gitar tau... so kalau diikutkan bagi orang perempuan dia ni dikira hebat... aku pon pernah tengok dia ni live depan mata kat klcc... masa tu ada pesta apa ek.. aku pon dah lupa.. tp time tu opening dia faizal tahir... 

OK... lagu yang paling aku suka ialah lagu bad news... lagu lain plak mcm according to you, suffocated, what's its gonna be dan think like a man... lagu2 mcm tu jenis rock.. tp kebanyakkan lagu orianthi ni jenis hard rock modern yg telah direncahkan dgn metal guitar solo... sometimes lagu dia ada yg blues... lagu ballad dia plak terlalu poppy.. itu yg kurang berkenan dgn lagu ballad dia tu... contoh mcm lagu believe, feels like home, god only knows.. agak pop la.. lagu drive away agak kedengaran blues sedikit... so mmg orianthi ada masukkan unsur blues dalam album beliau... dan last sekali ada instrumental bersama idola beliau steve vai.. lagu tu bertajuk highly strung... mmg strongly solo guitar la bunyiknyer..hehe... 

so overall album ni aku mmg suka.. aku bleh bg 8/10... aku tolak lagu2 dia yg terlalu pop tu... orianthi aku agak kagum orangnyer... kalau tidak alice cooper tak panggil dia jadik sessionist beliau time konsert... sebelum tu orianthi pernah jadik sessionist michael jackson...



KISS and Motley Crue tour


Aku teringin sangat nak pergi konsert diorang ni... entah bila la yek.. kat malaysia jangan mimpilah kalau diorang dapat masuk utk wat konsert disini.. banyak terma dan syaratnyer... kalau diikutkan lirik2 lagu KISS dan Motley crue ni mmg banyak yang dahsyat.. ada unsur2 lucah, hedonisme, satanic dan pelbagai lagik lirik2 yang agak ganas... so diorang hanya boleh datang buat konsert di singapore or indonesia... nak buat konsert kat malaysia seperti yang aku cakapkan tadik jangan mimpi.. haha... 

SIlap Wish

tadik jumpa seorang india tgh bercakap-cakap dalam bahasa tamil.. so aku pon tanya la dia " tak cuti raya ke arini"... dengan nada yang lembut orang tu menjawab "maaf saya islam"... erkkkkkkk..... sorry....

gambar sekadar hiasan

Melayu di Hollywood

Nak tau siapa pelakon melayu pertama yg berlakon dengan filem hollywood? beliau ialah arwah IBRAHIM PENDEK...  selepas tu pon dia ada dioffer oleh pengarah filem hollywood utk berlakon sekali.. tp ada masalah imegresen ke ape x silap aku.. kira ibrahim pendek x bleh keluar dari singapore mcm tu la..


Cold War (2012)


Barisan para pelakon =
Aaron kwok
Tony leung ka fai
Charlie Yeung
Gordon lam
Chin kar-lok
Andy on
Terence yin
Aarif rahman
Eddie peng
Andy lau

Aku ni mmg peminat Aaron kwok.. so tujuan aku sebenarnya nk tgk citer ni ialah cuma nk tgk gandingan aaron kwok dgn andy lau... tapi malangnyer andy lau hanya muncul 2 kali jek dlm filem ni.. kira muncul 2 scene jek.. Andy lau cuma dikira special guest jek...

So citer ni dikira agak serious dan mendebarkan gak.. permulaan agak slow skit.. tp bila dah sampai ke pertengahan citer tu kira dah best skit.. so kita byk menantikan apa yg akan berlaku selepas ni.. citer ni jugak buat kita tertanya2 sape kah dalang disebaliknyer.. mula2 kita akan ingat org ni jahat la.. org tu jahat la.. nampak ada sedikit bermain dgn akal kita gak ni...

Orang jahat dlm citer ni byk pakai topeng.. mmg nampak mcm org jahat btol.. citer ni mcm biasa jek konsepnyer... polis carik penjenayah.. polis nak selesaikan kes.. tp yg luar biasanya konflik siapakah dalangnyer... byk putar belit skit.. org ni tuduh org tu.. org tu syak org ni.. sampai kita x tau sape dalang sebenarnya.. ha itu yg menariknyer...

Bagi aku overall ok la.. bg sape yg minat tgk citer polis2 mcm ni aku rekemenkan la... bg yg nk tgk gandingan aaron kwok dgn andy lau bg aku x perlu nk mengharap sangat la.. anda akan kecewa.. haha...




                               

Tuesday 13 November 2012

What could have been love

Aerosmith

Serious!!! aku sgt suka lagu baru aerosmith ni... lagu ballad utk tahun 2012.. penantian lagu ballad yg bosan utk tahun 2012 dah lama berakhir.. aerosmith telah menyelamatkan tahun 2012 ni hahaha... dengan kemantapan vocal steven tyler ni... petikan gitar joe perry.. walaupon lagu ni agak poppy skit.. x brp nk rock.. tp aku suka giler argh lagu ni..


Nukilan seorang ibu

Lita Ford

Sebenarnya aku agak tertarik dengan lirik lagu Lita Ford yang bertajuk Mother ni.. lagu ni mengisahkan kisah benar Lita sendiri... kisah psl perasaan lita sebagai seorang ibu terhadap anak-anak beliau.. Lita baru sahaja bercerai dgn bekas suaminya Jim Gillette (former frontman of the band Nitro).. ala band Nitro yg ada michael angelo batio tu...

So dalam lagu ni menceritakan tentang luahan hati lita terhadap anak2nya... bagaimana dia terpaksa berpisah dengan bapak kpd anak2 dia... dan dia mengharapkan anak2nya paham akan penceraian ini... kemaafan beliau pon terucap dlm lirik lagu ni.. kebencian beliau terhadap bekas suaminya.. dan yg paling penting sekali Lita mentionkan diorang betapa sayangnya beliau terhadap anak2 beliau... dan Lita mahu anak2nya tetap menganggap beliau sebagai ibunya lagi...


   

mengikut apa yang Lita bgtau.. bekas suaminya itu telah menghasut anak2nya supaya membenci beliau.. agak kesian jugak dgn lita ni...

ini lirik lagunya...

I am your mother,
Your flesh and blood, your family, yeah
And like no other
Until they bury me 6 foot deep
No matter what the future holds
And even know you just began to grow
Just know you’ll always have your mother

The damage is done,
I never wanted things to work out this way
My little ones, how do I say how sorry I am
Some day you’ll see the truth
And you’ll come running back to me
Just know you’ll always have your mother
You’ll always have your mother

He lies to you, and …
He tries to find …
Should be crucified, …left to die
He paints an ugly picture of you and die
It’s so far from truth
… see only when you hurt me
But … my love for you
I am your mother
Please understand why I had to leave
Pain was deep,
He was hurting me,
When you look in the sky at a shinning star
Listen to your heart and know who you are
And I’ll always be your mother
I’ll always be your mother
I’ll always be a part of you.

Enthiran (2010)


Enthiran



Aku baru tgk citer ni tadik kat tv3... not bad... mmg feveret gua citer berunsur science-fiction ni.. ada robot2.. lebih kurang mcm terminator la... tapi citer robot versi Indian Tamil...

Citer ni sebenarnya lebih kpd andro humanoid robot.. ala robot yg dicita khas menyerupai manusia... mmg diluar akal manusia pon kalau nk diikutkan.. 

Pelakon2 terdiri daripada Rajinikanth dan Aishwarya Rai (nyum nyum)... so dlm ni mcm biasa ada kisah percintaan... biasalah citer hindustan ni.. part gaduh2 mmg best walaupon x byk... lebih kpd menggunakan kepakaran akal dan teknologi manusia... sememangnya kalau manusia biasa mmg x bleh nak fight dgn robot... 

Robot ni mmg menjadik tumpuan satu dunia sehinggalah guru kpd pencipta robot ni merasa jeles... so mulalah perancangan beliau utk menjatuhkan si rajinikanth ni.. mmg byk cubaan dibuat.. dan akhirnya berjaga gak.. dan robot ni pon jatuh kpd guru beliau lalu diprogramkan kpd org jahat... salah satu yg menariknyer ialah robot ni asalnyer dicipta tanpa ad perasaan... tp atas cabaran gurunya, rajinikanth telah memerah otak membuatkan robot ni mempunyai perasaan.. sehingga robot ni ada perasaan marah, dah pandai berbohong, pandai melawan cakap dan boleh plak ada perasaan cinta kat awek rajinikanth ni...

Overall gua bagi 9/10... citer ni mmg agak hebatlah jugak.. aku kadang2 agak x terpikir gak akan idea apa yg keluar dlm citer ni.. so bagi aku jalan cerita ni agak kreatif.. walaupon part melampau hebat tu mmg ada.. standard la tu kan... hehe

Masalah PC

Aku seorang yg buta IT... kalau komputer tu tiba2 jadik masalah... mmg aku akan jadik gelabah.. PC aku mmg selalu jek nak buat lawak dgn aku... asyik nk buat masalah jek.. kejap on la.. kejap xnak on la... hadoi aku bukannya ada duit banyak pon nak betulkan ko.... nak kata power x cukup... bukannya kat rumah guna byk sgt tenaga elektrik pon.. tahun lepas dah tukar graphic card dah disebabkan PC buat masalah


ko nak aku campak ko ke nanti???

kalau banyak duit dah lama benda ni boleh solve...  kang beli pc baru kang baru padan muka ko.. masalahnyer ada plak duit aku nk beli pc baru...



Monday 12 November 2012

Persamaan antara 2 personaliti

entah kenapa la aku rasa muka sami vellu ni kadang2 sama dgn muka gene simmons... mari kita tgk...



entahlah... tapi ni mengikut pandangan aku la.. x tau la pandangan you guys macam mana plak kan..hehe... papehal pon layan lagu gene simmons yang agak best ni bg aku... 



last nak tambah... by the way happy deepavali to sami vellu

Skeletons in the Closet (Children of Bodom)

Skeletons in the Closet (Children of Bodom)


Arini aku nak buat ulasan tentang album... dah lama aku nk buat blog yg mengulaskan tentang album2 yg aku suka dengar... ini adalah salah satunya... 


children of bodom ni first time aku dengar ntah time bila aku x ingat... aku rasa masa aku blajar kat unikl kot... masa tu jiwa tgh nk dgr lagu berat2 dan keras2... haha... ini sebenarnya cuma album cover saje... children of bodom ni buat album khas ni utk mengkaver kesemua lagu2 yg popular.. aku mmg suka dgr lagu kaver ni... not bad... byk jugak lagu yg x metal telah dimetalkan oleh children of bodom ni.. apatah lagik lagu yg dah mmg metal mcm lagu Slayer dan Anthrax... 

ini adalah list lagu dalam album tersebut....

2."Hell Is for Children"  Pat Benatar, Roger Capps, Neil Giraldo Pat Benatar (1980)4:00
4."Mass Hypnosis"  Max CavaleraAndreas Kisser,Paulo Jr.Igor Cavalera Sepultura (1989)4:03
5."Don't Stop at the Top"  Rudolf SchenkerKlaus Meine,Herman Rarebell Scorpions (1988)3:24
10."Hellion"  Blackie Lawless W.A.S.P. (1984)3:01
11."Aces High"  Steve Harris Iron Maiden (1984)4:29
12."Rebel Yell"  Billy IdolSteve Stevens Billy Idol (1984)4:11
13."No Commands"  Roope Latvala, Janne Joutsenniemi Stone (1988)4:49
16."War Inside My Head"  Louiche MayorgaMike MuirSuicidal Tendencies (1987)3:25
17."Oops!... I Did It Again (feat. Jonna Kosonen)"  Max MartinRami Yacoub Britney Spears (2000)3:20
18."Waiting" (hidden track)King Diamond King Diamond (1996)3:50

Lagu "Lookin' out My Back Door" ialah lagu country yg dikaverkan menjadik metal ala COB ni... bg aku x menarik sgt... tp lagu lain yg betul menjadi kegemaran aku ialah "Hell Is for Children","Don't Stop at the Top", "Just Dropped In (To See What Condition My Condition Was In)""Bed of Nails","Oops!... I Did It Again (feat. Jonna Kosonen)","Rebel Yell"...Ingat lagu rebel yell tu xde kena mengena dgn title blog gua rebel rebel ni yek hehe... yg lain2 tu suka gak... lagu "Hellion" pon bleh tahan gak... lagu "She Is Beautiful" tu bg aku... ermmm.. ntah la.. x masuk sgt la.. huhu.. lagu2 mcm "Mass Hypnosis","Silent Scream","Antisocial"  itu asalnyer dah sememangnyer berat dah... tp diberatkan lagik oleh COB ni... lagu "Talk Dirty to Me" tu sememangnya catchy.. tp COB pon buat catchy jugak dgn cara diorang.. lagu tu just utk have fun dan enjoy2 bolehlah.. tp aku suka gak kadang2... haha
                                                      

Seperate Ways

Journey

lagu ni aku ditujukan khas utk sape yg minat dgn band Journey... yg x minat Journey pon boleh layan gak hehe... aku sebenarnya x tau apa sgt psl lagu ni... just suka lagu dia jek... layankan..




nama penyanyi dia ni Steve Perry...  aku rasa lokasi video klip ni mcm kat kilang2 jek.. tp style gak... mungkin video2 tahun 80an byk buat kat area2 kilang kot...


Ozzy Osbourne dipilih sebagai president heavy metal


Pilihan Raya berakhir!!! dan pilihan untuk pemimpin baru telah dibuat. Itu betul - Ozzy Osbourne telah dinobatkan sebagai Presiden Heavy Metal.........


Ozzy osbourne kali ni menang undi dengan mengalahkan Oderus Ungus(GWAR), Maynard James Keenan(Tool), Rob Halford(judas priest) sebelum masuk pusingan akhir mengalahkan Rob Zombie... 
ROb Zombie plak dah mengalahkan pencabar2 terhebat metal seperti Bruce Dickinson(iron maiden), Dave Mustain(megadeth) dan Lemmy Kilmister(motorhead).. wah pencabar hebat2 tu... giler argh... 

finalist Ozzy mengalahkan Rob Zombie... 
yup mmg amat sesuai la kalau ozzy ni menang... sebab dia la papa metal.. dia la penyanyi metal pertama dunia..  

dengarkanlah lagu dia yang paling aku suka ni...

BESOK CUTI 3 HARI!!!!!

 besok deepavali, then rabu plak mintak cuti.. pastu khamis plak cuti awal muharram... ha baguslah sangat... senang skit nak berehat... rasanya besok ada citer RAJINIKANTH... berlakon dengan aiswarya rai kot... ingat nak tengok sekali la...



by the way happy deepavali dan salam maal hijrah




Dulu kawan baik... tapi sekarang...............

aku nak ceritakan dua orang idola aku yang baru perang mulut sekarang... Steven Tyler dan Paul Stanley...  
dulu diorang ni mmg xde masalah... tp baru2 ni steven tyler telah memberikan komen tentang KISS a comic-book rock band.”   

tambah beliau lagi berkata “They’ve got a couple of hits, but they’re more, they’re comic book — you see them in their spackled faces. It is different — a Kiss lick, a Joe Perry lick — two different worlds, and sometimes depending on the time of day I get offended [by comparisons].”

dan lagi “Since then I’ve gotten to know Gene [Simmons] and Paul, and they’re beautiful people.”   

berikutan dari kata2 steven tu... tak lama tu paul stanley pon memberi respon... so dia pon cakap mcm ni la “Maybe Steven’s feeling a bit full of himself because he has an album coming out … When [the Aerosmith] album comes out, let’s put [it next to ours and] and let the music do the talking.” Stanley is referring to his band’s new album ‘Monster,’ which was released on Tuesday, Oct. 9. 

dan penjelasan terakhir paul ialah “Steven may have been over-enthused and needs a reality check.”...




aku pon x tau la kenapa steven nak start cakap mcm tu... padahal diorang selama ni ok je pon... aku harap diorang jgnlah bergaduh... masing2 pon dah tua... karier pon dah besar... aku cukup minat diorang ni... diorang ni berapa kali tour buat konsert together... 

salah satunya konsert 

                       Rocksimus Maximus Tour





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...