Monday, 18 February 2013

Paramore live in kuala lumpur 2013

Semalam adalah detik bersejarah bagi aku gak la.. aku pg ke konsert paramore hahahaa... ini adalah kali kedua paramore dtg ke malaysia.. paramore sangat stylo,... konsert dia memang best.. sape yg minat band paramore tu mmg rugi la kalau x pg.. tapi band opening pulak hampeh.. band opening nama dia 'me without you'.. main dekat 8 lagu.. wah dah mcm main lagu utk satu album terus.. aku cakap bila la nak habis opening act ni... kalau x opening act dia one buck shot.. tp one buck shot terpaksa menarik diri diatas sebab2 salah seorang line up nya ada masalah kesihatan...



Ok nak diceritakan disini.. hayley williams sang vocalist mmg lawa... tersangat2 la lawa.. dia diantara penyanyi rock wanita yang lawa selain cherie currie... dan showmanship dia pon paling terbaik antara setiap konsert rock lain yg aku pg... siap sessionist diorang beracrobatic lagi.. pergh ini sudah dahsyat.. cara dia berinteraksi dgn crowd pon amat la excellent sekali.. dan dia x suka kita duduk saja nonton persembahan dia.. dia akan suruh kita stand up dan bergoyang2 utk enjoy konsert dia.. cara layanan dia diantara crowd mmg great... last performance utk satu lagu tajuk misery bussines dia panggil salah seorang audience utk naik pentas.. utk menyanyi sama2 dgn dia.. aku tgk pon rasa jeles gak ni haha...

antara lagu2 yg main ialah now, monster, decode, misery bussines,fences, born for this, pressure, let the flames begin, thats what you get, brick by boring brick, the only exception dan a few lagi yg aku x brp nak ingat apa lagi yg dia main.. yang aku rasa best sekali diorang bawak lagu feveret aku tu fences... dan hampir kesemua la lagu feveret aku diorang bawak haha.... cuma lagu popular dia crushcrushcrush je diorang x main pada malam tu.. kalau x lagu tu la yg paling best utk di-sing along sekali... mmg best sgt sampai aku rasa x puas lagi utk balik...



Overall mmg best.. tersangatlah best.. best mcm aku pg konsert search time ada hillary ang... lebih kurang gitula.. muda2 ni mg aku akan jejak je mana2 konsert rock yg aku suka.. dan paramore juga dikategorykan sebagai rock n roll juga... sebab tu kita boleh dgr lagu diorang sambil enjoy2...

Thursday, 31 January 2013

Roxy roller

Salam jumaat.. hari ni cuti hari wilayah.. wa yg dok keje kat kl ni pon kira dpt cuti la ni.. so cuti2 ni wa nak bg lu orang dengarkan lagu dari nick gilder iaitu tajuk lagunya berjudul roxy roller.. nick gilder ni dari band sweeney todd.. suara beliau sekali dengar mmg orang akan ingat pompuan yang nyanyi.. tp sebenarnya beliau ialah lelaki hehe.. biasalah zaman2 glam rock...




Monday, 21 January 2013

Reply message

Pergh pagi tadi adalah second time perkara paling gembira dalam hidup aku hahahaha... seorang rockstar telah balas mesej gua kat pesbuk.. giler mmg excited habis.. dah la aku minat giler dia tu.. lu mau tau sape x? orangnya ialah cherie currie.. vocalist of the runaways band.. dia adalah salah seorang penyanyi rock wanita yang paling aku minat sekali.. dulu pernah sekali dia balas mesej gua.. so mmg terbukti dia ni bukanlah seorang yang sombong.. suka layan peminatnya.. di bawah ni aku upload la gambar2 beliau..

p/s : aku hanya upload gambar2 dia time muda saje.. time tua ni dia dah x lawa...


cherie currie adalah peminat fanatik david bowie.. tengok buckle belt dia tu ada tertulis nama david bowie.. sama dgn aku gak peminat bowie...


cherie currie ialah penyanyi rock pertama yang memakai corset di arena pentas nyanyian.. tapi nama madonna plak yang popular pakai corset.. cherie currie ni dah pakai fesyen ni dari tahun 1976 lagi.. sedangkan madonna hanya start pakai tahun 80an.. nampak nooo si madonna ni tiru fesyen cherie currie ni.. mmg cherie currie ni ada agak panas hati skit dgn madonna disebabkan kes pakai corset ni.. ye la dia yg start pakai tp nama org lain plak yg naik.. sape x hangin haha



kata2 terakhir untuk entry ni.. aku sangat suka tengok muka dia ni hehe

Pemberian dan Balasan

 Semalam pergi ke rumah kawan... saudara F... dtg sebenarnya ikut member nak copy software adobe photoshop cs5... then wa pon lepak la setengah hari kat rumah member wa tu.. lagipon dia sorang je kat rumah tu... so sebab tu la wa dtg lepak lama sikit...

And then kawan aku yg dtg dgn aku ni plak pandaui masak... so apa lagi dia pon goreng la bihun kat rumah member aku ni.. so kami pon makan tengahari sekali la haha.. pastu tgk citer mr.os kat tv3... so sambil sembang menyembang la.. After that kita dlm sembang menyembang tu.. aku pon ternampak la 2 bungkus beg plastik yang diisi dgn byk pakaian.. aku tanya dia nak buat ape bungkus baju seluar tu suma? dia cakap nak sedekah kat masjid... tapi kalau ko nak ko ambiklah... 


Aku pon apa lagi pilih la.. byk jugak jeans yg condition dia elok2 lagi tu... so aku pon pilih dan test pakai sekali.. ada satu seluar tu harga dia dekat rm300... yang lain average dia rm30-70 mcm tu.. so dah lepas aku ambik semua.. aku anggarkan la semua yg aku amik tu harga dia kira2 hampir mencecah rm1000... pergh.. mgkin tuhan nak balas kot setelah duit aku kena kebas rm900 aritu.. YA ALLAH bersyukurnya aku... aku bersyukur padamu YA ALLAH.. dan rakanku saudara F...

Saturday, 19 January 2013

Malaysian food festival 2013

Tadi saja je nak jalan pergi ke exhibition malaysian food festival ni.. located dia kat midvalley...biasalah bab nak rasa makanan free ni.. mmg aku joinlah... ada mcm2 jenis makanan ada.. ada yg frozen food la.. cokelat la, mi la.. seewed la.. air la.. dan mcm2 lagi la... ni antara gambar2nya..





gambar model pon ada beb hehe

Friday, 18 January 2013

Love kills

vinnie vincent invasion

OK entry sebelum ni tajuk dia love is a killer.. dan entry yg baru ni plak pon aku nak beri posting tajuk love gak.. kali ni tajuk dia love kills.. band dia pon bermula dgn huruf v gak.. vinnie vincent invasion.. band ni diambil nama dari gitaris beliau vinnie vincent... vinnie vincent ni bagi aku corak permainan gitar dia pon x kurang hebat gak.. aku agak respect.. hebat.. vinnie vincent ni pon pernah join band KISS dulu.. yang lagu I STILL LOVE YOU tu dia ada terlibat sekali..  tapi x silap aku baru2 ni ada dgr citer dia yg dia ni kena tangkap psl kantoi jual dadah.. 

Ok lagu love kills ni sebenarnya soundtract dari filem A nightmare on elmstrem 4.. kalau korang kenal watak ganas freddy krueger tu.. ha citer tu la...watak yang pakai sarung tangan mcm wolverine or vega street fighters tu... atau lebih tepat sekali choi bonge.. watak choi bonge dalam the king of fighters tu diambil dari karekter freddy krueger ni la..
freddy krueger

Vocalist yg nyanyi lagu ni plak ialah mark slaughter.. fuhh dahsyat giler vocal dia.. tinggi.. kalau mcm kat malaysia ni suara dia mcm penyanyi black mentor mcm tu la.. hahahaa...



Thursday, 17 January 2013

Love is a killer

vixen

Untuk malam jumaat ni.. aku saja nak post satu lagu.. antaranya salah satu feveret aku gak la.. dari band vixen... lagu ni mungkin lagu jiwang.. tapi arrangement muziknya best.. dan suara vocalistnya pon best... x silap aku vocalist dia namanya janet.. band vixen ni jugak digelar "the female bon jovi"... band ni semua anggota dia perempuan.. mcm band the runaways gak la.. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...